Umum

Kod pengaktifan Perkeso Be Fit adalah “perkesobefit”; kemudian masukkan ID Pekerja anda.

Sila hubungi kami di care@bookdoc.com atau 1300-88-2362 jika anda tidak dapat mengaktifkan program premium.

Peranti atau Aplikasi Mudah Alih yang sesuai dan dapat menjejaki langkah anda:

Peranti/Aplikasi Penerangan Keperluan Tambahan
Peranti Kecergasan Boleh Dipakai. Aplikasi Fitbit, Jawbone, Garmin, Mi Fit. Memastikan keperluan perisian mereka bersesuaian dengan telefon pintar anda.
Aplikasi Kecergasan (muat turun secara percuma). Health (Apple), Samsung Health (Samsung), Google Fit (Android lain). Telefon pintar anda mesti dilengkapi dengan sensor pengesan gerakan.

Telefon Pintar yang Sesuai:

Jenis Sistem Operasi
iPhone (Apple) iOS 8 atau terkini.
Android Android 4.4 atau terkini.

Muat turun aplikasi “BookDoc” secara PERCUMA di App Store, Google Play atau Huawei App Gallery.

Tekan butang “Activ” di halaman utama dan ikuti arahan untuk menyelaraskan ke peranti/ aplikasi kecergasan.

Jika anda terlupa kata laluan, anda boleh tekan pada pautan “Forget Password” di halaman Log Masuk. Sekiranya anda memerlukan bantuan, sila hubungi kami di care@bookdoc.com atau 1300-88-2362 (Isnin – Jumaat: 9am-6pm, Sabtu: 9am-1pm).

Mengesahkan nombor telefon membolehkan anda melihat ganjaran dalam aplikasi.

Kami juga dapat menghubungi anda melalui nombor yang disahkan sekiranya anda memerlukan bantuan teknikal.

Anda boleh merujuk kepada dasar privasi kami (https://www.bookdoc.com/privacy/).

Pastikan anda telah mengaktifkan Kod Pengaktifan anda.

Tekan pada menu bar di bahagian kiri atas dan tekan “Sign In“.

Sekiranya sebelum ini anda mendaftar akaun pengguna menggunakan e-mel, anda hanya perlu memasukkan semula e-mel yang sama diikuti dengan kata laluan untuk log masuk.

Sekiranya sebelum ini anda log masuk menggunakan maklumat Facebook anda, tekan  “Sign in with Facebook“.

Selaraskan Peranti Anda

Tidak. Namun, kami menggalakkan anda untuk membuka aplikasi BookDoc setiap hari atau sekali setiap beberapa hari untuk menyelaraskan kiraan langkah anda, terutamanya pada hari terakhir setiap bulan.

Sekiranya anda log keluar, langkah anda mungkin tidak dapat direkodkan dengan betul dan boleh mempengaruhi sumbangan mata anda terhadap cabaran dan juga peringkat bulanan anda.

Pastikan anda mempunyai telefon pintar dan peranti/aplikasi yang sesuai.

Sekiranya anda memerlukan bantuan, sila hubungi kami di care@bookdoc.com atau 1300-88-2362 (Isnin-Jumaat: 9am-6pm, Sabtu: 9am-1pm).

Minimum sahaja; ini kerana anda tidak perlu membuka aplikasi BookDoc sepanjang masa untuk merekodkan data langkah anda.

Anda hanya perlu memastikan bahawa anda tidak log keluar dari aplikasi ini.

Minimum sahaja; ini kerana kami tidak menghantar data secara berterusan di latar belakang.

Tidak; walaupun telefon / peranti kecergasan anda akan merekod langkah anda tanpa akses internet, anda masih memerlukan sambungan internet yang minimum untuk mengemas kini data langkah pada aplikasi BookDoc.

Untuk Apple Health: Setiap kali anda membuka aplikasi BookDoc, animasi penyelarasan akan muncul di sebelah butang Activ di halaman utama. Pastikan anda membiarkan animasi penyelarasan selesai sebelum anda menutup aplikasi ini. Sebaliknya, atas faktor keselamatan di iPhone, aplikasi mungkin tidak dapat merekod semua data langkah anda sepenuhnya.

Untuk Google Fit: Kadangkala, terdapat kelewatan penghantaran data dari Google Fit ke aplikasi BookDoc. Walau bagaimanapun, penyelarasan adalah berterusan dan oleh itu data langkah penuh akan dihantar setelah beberapa waktu.

Untuk peranti kecergasan e.g. Fitbit atau Garmin, diingatkan untuk menghidupkan Bluetooth pada telefon anda supaya data langkah pada peranti kecergasan dapat dihantar ke aplikasi masing-masing. Sekiranya anda memerlukan bantuan, sila hubungi kami di care@bookdoc.com atau 1300-88-2362 (Isnin-Jumaat: 9am- 6pm, Sabtu: 9am-1pm).

Pada masa ini, kebanyakan aplikasi kecergasan oleh pengeluar China seperti Xiaomi dan Huawei tidak menyokong penyelarasan/ penyatuan langsung dengan aplikasi kesihatan & kecergasan lain termasuk BookDoc. Satu-satunya jalan penyelesaian adalah menyelaraskan secara tidak langsung melalui Google Fit (Android) atau Apple Health (iOS), rujuk langkah terperinci di bawah.

(Catatan: Sesetengah pengguna mungkin mengalami percanggahan data menggunakan jalan penyelesaian ini kerana data tidak diselaraskan secara langsung dari sumber ke aplikasi BookDoc.)

Android – Penyelarasan Huawei Health ke BookDoc melalui Google Fit
Android – Penyelarasan Xiaomi Mi Fit ke BookDoc melalui Google Fit
iOS – Penyelarasan Huawei Health ke BookDoc melalui Apple Health
iOS – Penyelarasan Xiaomi Mi Fit ke BookDoc melalui Apple Health